Kisah seekor gajah dan tali yang buruk

Pada suatu hari, seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar sebuah kampung.

Tiba-tiba dia melihat seekor gajah yang sangat besar diikat pada sebatang tiang.

Perlahan-lahan dia mendekati gajah tersebut.

Lelaki itu merasa hairan, kerana tali yang digunakan untuk mengikat gajah itu adalah sangat buruk dan halus. Gajah itu tidak dikurung dan dirantai. Hanya seutas tali buruk yang mengikat kaki hadapannya.

 

Penuh tanda tanya, lelaki itu bertanya kepada penjaga gajah yang berada di situ.

“Mengapa gajah ini tidak melarikan diri? Sedangkan hanya ada tali buruk yang mengikat kakinya. Dengan mudah ia boleh memutuskan tali itu dan berlari pergi.”

Melihatkan lelaki itu menggaru kepala, penjaga gajah itu menjawab:

“Oh, tali itu digunakan untuk mengikat gajah ini sewaktu dia kecil dahulu. Disebabkan ia tidak dapat menanggalkan tali ini dahulu, maka ia percaya sampai sekarang bahawa ia tidak mampu memutuskan tali buruk ini.”

ffff

Sekali gagal tidak bermaksud gagal selamanya.

Seperti gajah itu, berapa ramai dari anda yang berhenti mencuba setelah gagal sebelum ini?

Kegagalan adalah proses pembelajaran. Jangan berhenti berusaha selagi belum mencapai kejayaan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s