Oh Astro, dimana tanggungjawab kamu?

Tanggungjawab marketer.

1. Terbaca ada berita kes pecahkan TV selepas isu Astro menyangkan iklan pecahkan skrin untuk promosi Astro On the go

2. Soalan yang harus ditanyakan kepada pengurusan Astro adalah “Di mana tanggungjawab kamu sebagai pengiklan?”

3. Budak-budak biasanya akan mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang dilihat di TV. Mereka tidak mampu menilai apa yang salah dan apa yang betul.

4. Jika mereka melihat orang dewasa boleh memecahkan skrin, di TV pula tu, kenapa mereka tidak boleh?

astro-pecah-tv1

5. Bertanggungjawablah

6. Jika di negara maju lain, saringan iklan untuk rancangan primetime disaring dengan ketat.

astro-pecah-tv2

7. Ini kerana, rancangan primetime biasanya ditonton seluruh ahli keluarga bersama-sama.

8. Family bonding time ini telah menjadi budaya sebahagian masyarakat. Kaum ayah hendak berehat setelah seharian bekerja dan kaum ibu baru lepas menghidangkan makanan malam.

9. Maka agak bodoh jika pihak pengiklan ingin memenuhi masa berharga keluarga ini dengan iklan merapu meraban.

10. TV mempunyai kuasa yang besar untuk mempengaruhi minda mansyarakat.

11.Perang di Iraq dan Afghanistan hanya “dijual” melalui TV kepada rakyat Amerika.

12. Para pengiklan jangan syok sendiri dan memikirkan anda terlalu “hipster” dalam memilih content iklan.

 

71331-004-CDC77097

13. Kononnya masyarakat perlu “berfikiran terbuka” untuk menerima iklan yang berunsur ganas dan overreacting begitu.

14. “Jangan kolot sangat” kata mereka

15. Memelihara dan menegakkan nilai murni masyarakat hanya akan dilihat kolot oleh mereka yang ingin merosakkannya.

16. Lagipun “berfikiran terbuka” hanya boleh diaplikasikan untuk menerima perkara bermanfaat, bukan iklan bodoh yang langsung tidak mengajar apa-apa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s